Dewasa ini teknologi semakin canggih. Semasa saya kecil amat sukar melihat orang menggunakan telefon bimbit. Sekarang, keadaan jauh berbeza. Hampir setiap orang memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit sekarang juga jauh berbeza, bersaiz lebih kecil dan lebih banyak fungsinya. Fungsi yang saya nak cerita di sini adalah telefon bimbit sebagai buku atau lebih dikenali sebagai e-book.
Saya sudah mula berjinak-jinak dengan e-book sejak memiliki smartphone-samsung omnia. Selain tidak perlu ke kedai untuk membeli buku, banyak kelebihan lain e-book. Antaranya, banyak e-book ditawarkan secara percuma di internet. Saya akan sertakan beberapa link yang saya dah cuba di bawah. Selain itu kita tidak perlu lagi mengusung buku yang berat ke mana-mana. Jika dulu jika saya hendak pergi bermusafir saya perlu reserve ruang di dalam beg saya untuk saya letak buku. Sekarang tak perlu lagi, buku-buku berketebalan beratus-ratus muka surat atau buku yang saiz sebenarnya sebesar buku panduan telefon telah pun dimuatkan ke dalam telefon bimbit saya yang hanya bersaiz kurang dari tapak tangan saya dan seberat 120 gram.
Ada beberapa perkara yang saya nak kongsi di sini. Saya bukanlah seorang pakar teknologi tapi adalah sedikit ilmu yang bole dikongsi bagi manfaat bersama. E-book mempunyai banyak format, antara nya txt, pdf, chm, prc, mobi dan sebagainya. Setiap format mempunyai software yang tersendiri. Terdapat beberapa software yang biase digunakan iaitu Mobi pocket, Microsoft reader dan Adobe reader.
Mobipocket boleh baca format prc dan mobi, Microsoft reader boleh baca format lit dan Adobe reader boleh baca format pdf. Oleh itu sebagai pengguna kita perlu memastikan software apa yang ada dalam telefon bimbit kita dan pastikan juga kita mendownload file yang tepat dengan soft ware kita. Kalau nak senang install je semua software tu dalam telefon bimbit seperti saya buat. Mungkin kah ada satu software yang boleh baca semua jenis format? Sila kongsi dengan saya.
http://www.diesel-ebooks.com/cgi-bin/category/about
http://www.getfreeebooks.com
